BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan badi kekalahan kepada pemain Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, apabila melangkah ke final Terbuka Jepun.

Pasangan yang kini menghuni ranking ketiga dunia itu hanya memerlukan 36 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-11 ke atas gandingan nombor 2 dunia itu, dalam aksi separuh akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kemenangan tersebut menamatkan rekod buruk Pearly-Thinaah yang sebelum ini tewas dalam 13 daripada 14 pertemuan menentang Matsuyama-Shida termasuk tujuh pertemuan terakhir mereka.

Pada final esok, Pearly-Thinaah akan berdepan cabaran sengit menentang pasangan China iaitu beregu nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning bagi perebutan gelaran juara.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir di separuh aljir Terbuka Jepun.

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin gagal meneruskan rentak cemerlang ke final.

Jika berjaya melakar kemenangan, Pearly-Thinaah bakal mencipta sejarah muncul beregu wanita pertama negara menjuarai Terbuka Jepun sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1982.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kandas di separuh akhir apabila tewas 12-21, 16-21 kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Turut tersingkir, beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, yang kalah kepada pasangan nombor 3 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 14-21, 15-21.