KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersemangat menyeru penyokong skuad kebangsaan memberikan sokongan istimewa menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan B menentang Singapura malam esok.
“Saya mahu penyokong turun memberikan sokongan istimewa kepada skuad kebangsaan pada perlawanan esok.
“Seperti kebiasaannya, kami menjanjikan untuk menang. Tetapi esok kami menjanjikan festival buat skuad kebangsaan,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sidang media praperlawanan menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Singapura berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
▶️ Baca penuh di https://t.co/oY4kWaG1kM#FAM #HarimauMalaya#AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/KLkeLtC4ZM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 2, 2023
Jelas Pan-gon, kelebihan mata yang dimiliki Singapura bukanlah suatu kepastian untuk pasukan Singapura mara ke peringkat separuh akhir malah yakin dengan kemampuan yang ada lebih-lebih apabila beraksi di laman sendiri.
“Saya percaya pemain Harimau Malaya telah bersedia untuk perlawanan esok. Mereka ada kelebihan mereka tetapi kita juga ada kelebihan di tempat sendiri.
Dalam pada itu, ketika ditanya kehilangan Pan-gon menyaksikan aksi Singapura berdepan Vietnam , dia menegaskan pasukan dari Vietnam bermain tanpa kesungguhan dan tidak mempunyai semangat dalam perlawanan menentang Singapura.

“Saya hadir menyaksikan perlawanan Singapura dengan Vietnam. Sangat sukar untuk menilai perlawanan tersebut. Vietnam bermain tanpa semangat dan kesungguhan dalam aksi menentang Singapura.
“Saya yakin pemain Harimau Malaya sangat matang dan profesional. Saya percaya mereka akan menghormati pasukan lawan dan memberikan seratus peratus berdepan Singapura,” jelasnya.
Mengulas lanjut, jurulatih dari Korea Selatan itu berpendapat skuad yang bakal dihadapi Singapura esok adalah bukan skuad yang sama seperti sebelum ini kerana Harimau Malaya sangat memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini.
“Kita berbeza dari pasukan sebelum ini. Approach to win kami adalah berbeza. Kami pentingkan proaktif dengan dominasi, bermain dengan semangat yang tinggi. Kami sangat pentingkan kemenangan,” ujarnya.