“SAYA tunggu surat tunjuk sebab dahulu, baru boleh komen,” ringkas jawapan daripada pemenang pingat emas dua edisi Sukan Paralimpik, Cheah Liek Hou mengenai polemik yang berlaku susulan hantaran Insta Story yang mempersoal kelewatan pembayaran insentif kemenangan yang dijanjikan sebelum Paralimpik Paris bermula.
Liek Hou yang sedang bertanding di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa 2025 di Beijing, China berkata, dia mahi fokus untuk menamatkan kejohanan di kedudukan terbaik terlebih dahulu.
Artikel berkaitan:
Pingat dah bagi, mana janji habuan
Cheah Liek Hou bakal di “ban” sertai temasya para – MPM
Presiden MPM Nafi Pernah Janji Insentif RM60,000
Liek Hou mangsa kelewatan MPM – Hannah
Katanya, dia tetap mengikut perkembangan yang berlaku di tanah air, terutamanya berita yang melibatkan dirinya sendiri, namun perlu ketepikannya untuk meneruskan perjuangan di kejohanan terbabit yang menyaksikannya layak ke suku akhir kategori SU5.