PERTAHANAN Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies, memberi amaran kepada Pohang Steelers bahawa mereka bakal berdepan pasukan JDT yang jauh lebih baik berbanding pertemuan terakhir pada tahun 2021.
Ketika itu, pasukan Harimau Selatan mengalami dua kekalahan berturut-turut.
“Kami tidak melihat ini sebagai misi balas dendam kerana skuad sekarang berbeza sepenuhnya. Tetapi perlawanan ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan cita-cita kami dalam ACLE,” katanya.
Davies yakin bahawa pengalaman serta peningkatan yang dicapai oleh JDT dalam beberapa tahun kebelakangan ini akan menjadikan perlawanan kali ini lebih kompetitif.
“Kami telah banyak meningkat dan lebih berpengalaman. Esok akan menjadi perlawanan yang berbeza sepenuhnya,” ujarnya.
Dengan tiket ke pusingan 16 terbaik menjadi taruhan, JDT bertekad untuk memberikan persembahan meyakinkan menentang Pohang Steelers.
Kelebihan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim boleh menjadi faktor penting dalam usaha mereka mencipta sejarah dalam kempen ACLE.
FOTO : JST