BEREGU lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mahu mengekalkan status underdog apabila berdepan pasangan bekas nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di suku akhir Terbuka Hong Kong.
Arif-Roy King menempah slot lapan terbaik selepas menewaskan rakan senegara, Haikal Nazri-Choong Hon Jian 21-17, 21-19 pada aksi pusingan kedua, hari ini.
Satwiksairaj-Chirag yang bakal ditentangnya do suku akhir, mara selepas mengatasi gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 121, 21-15, 21-11.
Mengulas peluang menentang gandingan India itu, Roy King menegaskan mereka akan terus membawa semangat underdog untuk memberi tentangan habis-habisan tanpa rasa tertekan.
“Kalau lawan top ranking, kita kena ada hati macam nak breakthrough, mindset itu penting dan kita tengok diri sendiri sebagai underdog baru boleh fight,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Roy King pula menegaskan komunikasi menjadi kunci kemenangan mereka, selain cuba mengekalkan rentak positif sejak muncul juara Terbuka Macau bulan lalu.
Dalam pada itu, beregu nombor enam dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun kandas selepas tunduk kepada gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 17-21, 21-11, 15-21.