Select Page

BAM kemuka aduan rasmi kepada CBA

BAM kemuka aduan rasmi kepada CBA

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) telah menyerahkan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA) untuk mengesa badan induk itu tidak meneruskan khidmat Bong Guang Yik sebagai jurulatih di salah sebuah kelab di negara tersebut.

Ini susulan tindakan bekas atlet pelapis BAM itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman di dalam akaun media sosialnya.

“BAM amat jijik dengan kenyataan dikeluarkan dan akan mengutuskan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China. Tiada ruang untuk komen sedemikian dilontarkan dalam sesebuah masyarakat terutamanya dalam negara kita dan kami kita akan bertoleransi tentang hal ini.

“Pihak persatuan juga mengutuk sekeras-kerasnya setiap bentuk diskriminasi dan menggesa CBA untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut.

“Orang yang bersifat perkaumana tidak seharusnya diambil menjadi jurulatih dalam sebuah sukan yang dicintai berjuta manusia seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“BAM dan rakan sekutunya tidak akan pernah menerima individu ini untuk terlibat dengan sebarang aktivi badminton di Malaysia,” jelas BAM dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN : Hannah kecam kenyataan Guang Yik

Menerusi klip video yang dimuatnaik di aplikasi tiktok berdurasi 1 minit 17 saat, Guang Yik yang kini menetap di China mendakwa badan induk itu mengamalkan sikap layanan berat sebelah kerana dikuasi oleh orang Melayu dan ibadah solat lima waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam antara punca punca kelemahan pengurusan tertinggi BAM untuk menghasilkan keputusan yang positif untuk negara.

Kenyataan dibuat Guak Yik juga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh yang mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.

 

 

Video Terkini

Loading...