PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu insiden kematian atlet silat ketika bertarung pada pertandingan, dielakkan dan telah menggesa sebuah jawatankuasa meneliti aspek pencegahan yang boleh dipertingkatkan.

Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, beliau telah meminta Biro Teknikal Pesaka untuk melihat bagaimana kejadian terbabit boleh dibendung.

“Sebenarnya dalam silat (olahraga), telah banyak langkah pencegahan diambil termasuk menegah serangan terus ke bahagian kepala yang menjadi pelanggaran berat bagi seseorang atlet.

“Bagaimanapun, ada insiden yang tidak disengajakan dan tidak dapat dielakkan.

“Jadi, kita akan cuba mengkaji dan melihat bagaimana peraturan-peraturan yang ada bagi memasstikan kecederaan dalam sukan ini tidak memudaratkan atlet,” kata Megat Zulkarnain, ditemui pada majlis Pelancaran Piala Dunia Sepak Takraw Istaf, di ibu negara pada Jumaat.

Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yakin silat satu sukan selamat.

Beliau berkata, dalam silat olahraga, pelbagai larangan sudah diperketat sebelum ini termasuk melarang sentakan bantingan menggunakan dua tangan dan hanya satu tangan di benarkan bagi meminimakan impak kepada lawan.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan kematian pesilat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, ketika menyertai pertandingan di Seremban, Negeri Sembilan, aku dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebaik laporan sokongan pakar perubatan diterima.

Artikel Berkaitan:

KBS belum peroleh laporan penuh kematian atlet silat Sukma Terengganu

Silat olahraga menekankan pelbagai aspek keselamatan atlet menerusi pelbagai pencegahan dan larangan termasuk hanya membenarkan bantingan menggunakan satu tangan. -Gambar Hiasan

“Laporan perubatan sudah kita terima daripada pihak doktor, namun ketika ini saya sedang mendapatkan pendapat daripada beberapa lagi pakar yang lain untuk cuba memberikan panduan bagaimana kejadian atau cause of death itu berlaku.

“Ia buka semata-mata akibat serangan, bukan hanbya berlaku dengan tumbukan ataupun hentakan ibjek tetapi boleh berlaku akibat tekanan darah yang tinggi serta faktor lain yang boleh membuatkan pembuluh darah di kepala pecah dan sebagainya,” kata Megat Zulkarnain.

Sementara itu, beliau berkata, keluarga Allahyarham Wan Muhammad Haikal, cukup tabah dan redha menerima ketentuan Allah yang menguji mereka dengan pemergian Allahyarham.

Katanya, kehilangan Wan Muhammad Haikal tetap satu kehilangan besar buat keluarga.