PENGADIL Jepun, Jumpei Iida akan menjadi mengadili aksi kedua final Piala AFF 2022 yang akan berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani, pada Isnin.
Pemilihan Jumpei seperti dilaporkan Siamsport membuatkan Thailand resah kerana rekod prestasi pasukan Gajah Perang yang selalu kalah.
Jumpei pertama kali mengadili perlawanan semasa Thailand terlibat perlawanan akhir pertama Piala AFF 2016. Ketika itu Jumpei dibawa ke Stadium Pakansari, Bogor. Dalam perlawanan itu Indonesia menang 2-1.
Manakala perlawanan kedua Thailand yang diadili oleh Jumpei berlangsung dalam perlawanan menentang Vietnam pada Piala Raja 2019. Ketika itu, Thailand menjadi tuan rumah dan tewas 0-1 kepada Vietnam.
Jumpei sekali lagi menjadi pengadil apabila Thailand dan India bertemu dalam perebutan tempat ketiga dalam Piala Raja 2019. Sekali lagi, Thailand tewas 0-1.
Aksi Thailand dan Vietnam berkesudahan terikat seri 2-2 pada pusingan pertama final Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium My Dinh, Jumaat lepas.
Dengan peraturan gol di tempat lawan, skor 2-2 memberikan Thailand kelebihan untuk memenangi Piala AFF. Jika kedudukan terikat 0-0 atau 1-1, Thailand akan memenangi kejuaraan.
Bagaimanapun, Thailand akan kecewa jika Vietnam boleh menang dengan sebarang mata atau seri dengan jaringan melebihi 2-2.
Thailand adalah negara paling berjaya dalam Piala AFF. Secara keseluruhan, skuad Changsuek membawa pulang enam gelaran. Manakala Vietnam hanya menang dua kali.