PADA Mac 2006, Croatia pernah menewaskan Argentina 3-2 dalam satu perlawanan persahabatan.
Ironinya, Luka Modric dan Lionel Messi turut berada dalam pasukan itu pada usia muda mereka.
Modric berusia 20 tahun ketika itu membuat penampilan pertama skuad senior Croatia, manakala Messi, 18, pula menjaringkan gol antarabangsa pertama buat Argentina dalam perlawanan itu.
Pada perlawanan itu, Messi bukan sekadar menjaringkan gol malah membantu satu lagi jaringan Argentina yang disudahkan Carlos Tevez pada minit keempat perlawanan.

Perseteruan Lionel Messi-Luka Modric bukan hanya ketika mewakili pasukan kebangsaan, malah ketika beraksi di kelab.
Sebagai pemain tengah Real Madrid, Modric diterima baik pasukan kebangsaan dan Zlatko Kranjcar.
Dia beraksi selamat 84 minit sebelum dikeluarkan dan diganti Ivan Leko.
Kali ini di Piala Dunia 2022, kedua-dua Messi dan Modric akan bertembung semula di separuh akhir, selepas 16 tahun bertemu buat kali pertama.
In 2006, Argentina played Croatia in a friendly.
20-year-old Luka Modrić made his international debut, and 18-year-old Leo Messi scored his first international goal 👶
(via @TyCSports)pic.twitter.com/BpUI2VXoZ4
— B/R Football (@brfootball) December 12, 2022
Namun, kali ini berbeza, ia bukan perlawanan persahabatan lagi.
Modric berpeluang menjadi lagenda sepanjang zaman Croatia manakala Messi mampu melakar sejarah sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Pertemuan ini bakal menjadi yang keempat antara Croatia dan Argentina.
Pada 2006, Croatia menang 3-2, manakala Argentina menang 2-1 dalam perlawanan persahabatan lapan tahun kemudian.
Selepas itu Modric menjaringkan gol ketika Croatia menang 2-0 ke atas pasukan lawan pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2018.
-Agensi.