KEJOHANAN Piala Bardhan 2026 menjadi milik Selangor selepas menewaskan Melaka 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final yang berlangsung penuh dramatik.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar sebelum perlawanan diheret ke masa tambahan.

Selangor terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Thanush pada minit ke-99 hasil sepakan percuma terus yang menewaskan penjaga gol Melaka.

Namun, Melaka berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Aqil Hazwan pada minit ke-105 selepas menyudahkan peluang hasil lontaran jauh ke dalam kotak penalti.

Keputusan 1-1 selepas tamat masa tambahan memaksa penentuan juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ahli Majlis FIFA, Tan Sri Hamidin Mohd Amin dan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan turut hadir dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Cheras.

Dalam penentuan tersebut, Ranjit Sathiavan muncul wira Selangor apabila menyempurnakan sepakan kemenangan untuk memastikan skuad Merah Kuning menjulang trofi dengan keputusan 4-3.

Final Piala Bardhan 2026 turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis FIFA, Tan Sri Hamidin Mohd Amin dan Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan.