SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menghadiri majlis penuh bermakna sempena sambutan ulang tahun ke-50 pencapaian bersejarah Malaysia di Piala Dunia Hoki 1975, menerusi acara Sports Flame yang berlangsung di Hotel Concorde, hari ini.
Kehadiran baginda yang juga bekas pemain hoki kebangsaan serta individu penting dalam pentadbiran sukan negara, menyemarakkan suasana penuh kenangan itu yang turut disertai lebih 160 bekas atlet negara pelbagai era dan sukan.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) mencemar duli menghadiri majlis penuh bermakna sempena sambutan ulang tahun ke-50 pencapaian bersejarah Malaysia di Piala Dunia Hoki 1975, menerusi acara Sports Flame yang berlangsung di Hotel Concorde, hari ini.
Majlis anjuran ShekhinahPR itu menjadi platform mengimbas semula detik emas arena sukan tanah air, sekali gus memberi penghargaan kepada skuad hoki negara 1975 yang mencatat sejarah muncul pasukan terbaik dunia dari Asia apabila menamatkan kejohanan di tempat keempat.
Antara yang hadir, kapten skuad 1975, N. Sri Shanmuganathan dan legenda, Datuk Poon Fook Loke.
Pencapaian skuad 1975 itu adalah prestasi terbaik skuad hoki negara di pentas Piala Dunia.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) mencemar duli menghadiri majlis penuh bermakna sempena sambutan ulang tahun ke-50 pencapaian bersejarah Malaysia di Piala Dunia Hoki 1975, menerusi acara Sports Flame yang berlangsung di Hotel Concorde, hari ini.
Sports Flame, yang diasaskan empat bekas wartawan sukan termasuk mendiang R. Velu, kini terus menyala sebagai simbol penghormatan dan penyatuan dunia sukan Malaysia, bukan sekadar meraikan kejayaan, tetapi menghidupkan semangat kekeluargaan yang lahir daripada sukan.