PERNAH wujud penyesalan, kerana tidak mengambil peluang melengkapkan kerier dengan kejuaraan dunia, namun Olimpian, Goh Liu Ying kini ‘berdamai’ dengan hati sendiri kerana sudah berada dilengkapi apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakukannya di Paris.

Beliau mengakui bangga kerana acara beregu campuran yang pernah menjadi ‘kehidupannya’ bersama Chan Peng Soon, kini diisi pasangan muda negara.

“Mixed double memang event saya, jadi bila tengok mereka berjaya raih emas kejohanan dunia, saya rasa macam mereka fulfill impian saya,” kata Liu Ying, ketika dihubungi.

Goh Liu Ying teruja dengan pencapaian Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Baginya, kemenangan itu bukan noktah tetapi permulaan penting buat Tang Jie-Ee Wei dalam perjalanan panjang menuju Olimpik Los Angeles 2028.

“Saya harap kejayaan ini beri confidence kepada mereka bahawa mereka boleh berdiri di pentas dunia, tapi cabaran sebenar ialah bagaimana untuk kekal konsisten,” katanya.

Keempat-empat pemain ini memberi impak berbeza pada Kejohanan Dunia 2025.

Bagi beliau, mengekalkan prestasi di tahap tertinggi adalah tugas paling mencabar, apatah lagi pasangan China pasti akan menganalisis corak permainan juara dunia baharu itu.

Pada final beregu campuran semalam, Tang Jie-Ee Wei menewaskan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14 untuk mencipta sejarah beregu campuran pertama Malaysia mengungguli Kejohanan Dunia.