SKUAD silat negara ke Sukan SEA Kemboja cemerlang, mengatasi sasaran ditetapkan, apabila menyumbang empat pingat emas meskipn menampilkan 70 peratus pesilat muda.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, prestasi dipamer oleh anak-anak dari awal hingga gelanggang silat di Pusat Konvensyen Chroy Changvar ditutup, cukup luar biasa.

Presiden PESAKA Datuk Megat Zulkarnain Omardin gembira dengan pencapaian pesilat, raih empat emas lima perak dan 4 gangsa.

Menurutnya, pengorbanan yang dipamerkan barisan atlet berjaya membantu pasukan mengatasi sasaran awal dua pingat emas yang ditetapkan pada bulan lepas, malah membantu kontinjen negara menutup lompong kegagalan beberapa acara sukan lain yang tidak menepati sasaran.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi pasukan yang memberangsangkan bukan sahaja atlet yang menyumbang pingat emas, malah yang tersingkir awal juga memberikan petanda positif buat kami.

Pasangan kembar, Muhammad Danial Azrol dan Muhammad Danial Azray Norazizan berada dalam kelas tersendiri.

“Selain itu, ada dalam kalangan mereka telah berkorban jiwa dan raga untuk bertarung di atas gelanggang seperti Nor Farah Mazlan yang patah tangannya sehari sebelum pertarungan akhir.

“Namun, dia berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil apabila merekodkan kemenangan dan situasi sama buat Norsyakirah Muksin yang kita tahu dia bukan dating dari keluarga yang senang,” katanya kepada FLASH SUKAN.

Senarai pesilat yang meraih pingat perak di Sukan Sea Kemboja 2023.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berharap kejayaan yang dipamer oleh kem silat negara, menjadi titik mula untuk masa hadapan lebih cerah selepas pesilat senior seperti  Mohd Al-Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohamed Nasir bersara.

“Kita telah membubarkan skuad negara selepas berakhir kejuaraan dunia di Melaka tahun lalu dan kini memberi peluang buat pesilat muda yang saya percaya percaturan tersebut membuahkan hasil,” katanya.

Senarai pesilat menyumbang pingat gangsa di Sukan Sea Kemboja.

Kehadiran ramai pesilat dari Sabah bagaikan meniup satu semangat baharu, apa lagi dengan kejayaan Nor Farah dan Norsyakirah.

Pesilat-pesilat muda yang hadir memberi sokongan buat dua atlet itu melaungkan akan mempamer prestasi lebih baik di masa akan dating, terutamanya selepas mereka dibawa ke Majlis Sukan Negara (MSN) kelak.

Pesilat negara menyumbang empat pingat emas, 1 perak dan dua gangsa.