JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan proses pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain Harimau Malaya yang kini berdepan isu penggantungan oleh FIFA dilakukan mengikut undang-undang.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias berkata, setiap kes naturalisasi dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang menuntut semakan ketat sebelum sebarang keputusan diambil.

Kenyataan Media KP JPN, Badrul Hisham Alias.

“Dalam kes ini, pemohon menyerahkan semua dokumen termasuk butiran nama dan pengenalan datuk nenek mereka untuk semakan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Beliau menjelaskan JPN turut menerima dokumen dari Argentina, Brazil dan Sepanyol yang digunakan dalam proses semakan silang dengan rekod tempatan.

Tujuh pemain naturalisasi baharu yang terkait isu penggantungan FIFA terlibat dalam dua perlawanan antarabangsa sebelum ini.

“Melalui penilaian ini, kami tidak dapat memperoleh rekod asal kelahiran bertulis, namun mengikut amalan pentadbiran, salinan rasmi dikeluarkan berdasarkan bukti kelahiran yang dikemukakan,” katanya.

Menurutnya, rekod itu disahkan bersama syarat lain seperti tempoh menetap di Malaysia, penguasaan bahasa Melayu dan kelakuan baik sebelum sijil naturalisasi diberikan.

Artikel berkaitan:

FIFA Gantung 7 Pemain, FAM Didenda Akibat Isu Dokumen Palsu

FAM Akan Rayu Hukuman FIFA Isu Pemain Warisan

América de Cali Akan Buat Rayuan untuk Rodrigo Holgado

FIFA Tentukan Nasib Perlawanan kelayakan Piala Asia Buat Malaysia

SPRM Mula Siasat Isu Pemain Warisan dan Akan Hubungi FIFA

TMJ Persoal Keputusan FIFA

KDN jawab isu FIFA: Proses teliti, sah dan berlapis

ISU FIFA-FAM: Hannah mahu proses rayuan telus, demi nama baik Malaysia

“Saya mengesahkan semua prosedur dibuat dengan teliti dan mematuhi undang-undang serta Perlembagaan, malah sijil kewarganegaraan dikeluarkan secara sah dan penuh integriti,” tegasnya.