KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menegaska setiap pemberian kewarganegaraan di negara ini dibuat berlandaskan peruntukan undang-undang seperti termaktub di bawah Perkara 19(1), Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses naturalisasi tidak pernah dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya melalui prosedur teliti serta berlapis.
Beliau menegaskan, dokumen yang dikemukakan akan disemak satu persatu selain pemohon perlu menjalani temu bual, proses biometrik serta verifikasi menyeluruh sebelum keputusan muktamad dibuat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tegaskan proses pemberian hak naturalisasi mengikut lunas perlembagaan negara.
Katanya, syarat paling utama ialah pemohon mesti berada di Malaysia, bukannya sekadar mengemukakan permohonan dari luar negara.
Artikel berkaitan:
FIFA Gantung 7 Pemain, FAM Didenda Akibat Isu Dokumen Palsu
FAM Akan Rayu Hukuman FIFA Isu Pemain Warisan
América de Cali Akan Buat Rayuan untuk Rodrigo Holgado
FIFA Tentukan Nasib Perlawanan kelayakan Piala Asia Buat Malaysia
SPRM Mula Siasat Isu Pemain Warisan dan Akan Hubungi FIFA
“Setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat dengan tertib serta mematuhi sepenuhnya peraturan undang-undang,” katanya pada sidang media khas di Sabah, hari ini.
Beliau turut menekankan bahawa KDN sentiasa bertanggungjawab memastikan urusan kewarganegaraan berjalan secara sah, telus dan berlandaskan Perlembagaan.
Menurutnya, isu yang timbul susulan keputusan FIFA terhadap FAM tidak menjejaskan prinsip asas KDN dalam melaksanakan proses kewarganegaraan.
“Kami kekal teguh melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi memastikan integriti negara tidak pernah tergugat,” katanya.