INSIDEN panas menghiasi perlawanan Liga Super antara Selangor FC menentang Negeri Sembilan FC apabila beberapa keputusan pengadil membuatkan pemain-pemain lawan tidak berpuas hati ketika aksi di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Ahad malam.
Herlison Caion membuka tirai jaringan pada minit ke-7 babak pertama setelah berjaya menekan pertahanan Negeri Sembilan FC, Herold Mark Goulon untuk meletakkan Gergasi Merah selesa mendahului 1-0.
Gol tersebut seakan menyuntik semangat Selangor FC dengan Baha’ Abdelrahman Mustafa Suleiman melepaskan sepakan kencang namun sedikit tersasar pada minit ke-15.
Slogan ‘Referee itu Anjing’ kedengaran dinyanyikan penyokong-penyokong NSFC minit ke-20, apabila tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak Negeri Sembilan FC.
Kemarahan para penyokong Negeri Sembilan FC kian memuncak pada minit ke-29 apabila sepakan percuma Mukhairi Ajmal ditanduk kemas Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab, namun pengadil meniupkan wisel awal sebelum jaringan dilakukan pertahanan Gergasi Merah itu.
Enggan mengalah, babak kedua Negeri Sembilan FC bangkit menggandakan asakan dan berjaya merapatkan jurang setelah sepakan percuma Gustavo Almeida Dos Santos dilencongkan menewaskan penjaga gol Selangor FC , Sam Somerville untuk jaringan pertama pelawat pada minit ke-65.
Kealpaan benteng pertahanan Selangor FC sekali lagi dihukum pasukan pelawat dengan gol kedua menerusi sepakan percuma yang turut dijaringkan Gustavo Almeida Dos Santos sekaligus mengikat kedudukan 2-2.
Sean Eugene Selvaraj menjaringkan gol cantik menerusi satu sepakan lob pada minit ke-88 menewaskan penjaga gol Selangor sekaligus menyaksikan Negeri Sembilan menang 3-2.