DATUK Misbun Sidek sedia menerima apa sahaja keputusan mengenai masa depannya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Misbun yang ditemui selepas kira-kira enam jam menghadap Jawatankuasa Khas BAM, yang membuat penilaian prestasi skuad dan para jurulatih perseorangan remaja, susulan persembahan mengecewakan skuad negara di Kejohanan Remaja Asia yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini.

Pengarah Kejrulatihan Perseorangan Remaja, Datuk Misbun Sidek, serahkan nasib kepada BAM.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan pemain jadi kalau mereka tidak capai prestasi, maksudnya apa yang berlaku di atas gelanggang, adalah di luar bidang kuasa saya.

“Kami sebagai jurulatih mempersiapkan pemain. Keputusan di Kejohanan Remaja Asia adalah subjektif,” kata Misbun.

Pencapaian skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia cukup mengecewakan.

Beliau berkata, situasi dihadapi apabila kedudukannya di ABM, menjadi tanda tanya bukanlah perkara yang asing dan sudah cukup lali.

“Sebenarnya, saya sudah masak dengan benda-benda macam ini, sudah biasa maka apabila awak ada nama, nama yang besar dugaan juga besar, inilah sisi baik dan buruk yang perlu diterima.”

Ketika ditanya sama ada kedudukannya sebagai pelatih di ABM dibincangkan di hadapan Jawatankuasa Khas diketuai Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung Datuk Kenny Goh, beliau berkata, “BAM akan huraikanlah apa yang kita bincangkan dengan Datuk.”

Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam, mempengerusikan meshyuarat jawatankuasa khas BAM.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, pihaknya memerlukan tempoh beberapa hari lagi sebelum membuat pengumuman mengenai dapatan Jawatankuasa Khas BAM itu.

“Buat masa ini, saya belum buat keputusan dan perancangan. Kami berjumpa hari ini untuk mencari solusi kepada program remaja kebangsaa.

“Ini termasuklah pertemuan membabitkan Misbun dan jurulatih serta pemain lain, untuk mendapatkan maklumat apa sebenarnya berlaju di Kejohanan Remaja Asia,” kata Subramaniam.

Menjawab kepada kedudukan Misbun, Subramaniam berkata “Ini bukan mengenai memberi peluang kedua atau apa-apa ke, kami belum membuat apa-apa keputusan setakat ini.”