PERSEORANGAN lelaki utama negara, Leong Jun Hao berpeluang membalas dendam ke atas pemain China, Li Shi Feng pada pusingan kedua Mastera China esok, apabila kedua-dua dijadual bertemu selepas melepasi lawan masing-masing.

Kekalahan 20-22, 21-14, 20-22 kepada Shi Feng di suku akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu, meningkatkan lagi keazaman Jun Hao yang membenam cabaran jagoan Indonesia, Antony Sinisuka Ginting 21-19, 5-21, 21-10 di pusingan pertama Terbuka Hong Kong sebentar tadi.

“Yeah, for sure it’s a chance for me to revenge, so I need to prepare yang terbaik untuk game esok,” kata Jun Hao kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kemenangan ke atas Antony Sinisuka Ginting membolehkan Leong Jun Hao menyamakan rekod pertemuan 2-2.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Antony, Jun Hao menyifatkannya satu perlawanan sukar kerana lawannya cukup berpengalaman selain faktor angin.

“Akhirnya siapa lebih sabar lah, sebab lawan dia bukan senang, lagi-lagi di court angin dan dia lebih experience serta pandai curi mata, tapi saya rasa saya cover dengan lebih baik,” kata Jun Hao.

Turut mara beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang berjaya menewaskan lawan dari Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahaya Sari 2-6, 21-14.

Sekali lagi… Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan permainan.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Lee Zii Jia akur sekadar di pusingan pertama setelah menarik diri pada pet penentuan dipercayai akibat masalah kecederaan.

Pemain profesional negara itu memenangi set pertama 21-17, tunduk 21-23 pada set kedua sebelum menarik diri ketika ketinggalan 6-14.

Turut gugur di lusingan pertama, beregu berpengalaman Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang tunduk kepada gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin 10-2, 7-21.

Arif Junaidi-Yap Roy King juga tersingkir di pusingan pertama apabila ditunjuk jalan keluar oleh naib juaara Terbuka Hong Kong, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 22-24, 13-21.